Petikan email Saudara Abdul Rais.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alahmdullilah syukur kehadrat Ilahi dengan izin dan restu-Nya saya telah
selamat tiba di Central Michigan University, Mount Pleasant, USA. pada
24hb Disember 2008. Untuk makluman, sebelum tiba di sini saya terpaksa
mengharungi pelbagai dugaan yang tidak disangka.
Dugaan yang pertama bermula apabila penerbangan saya ke Kansai, Jepun
telah dibatalkan kerana masalah teknikal kapal terbang. Masalah saya
menjadi lebih parah kerana saya harus melanjutkan perjalanan saya ke
Detroit dan Lansing. Oleh yang demikian saya terpaksa tinggal di KLIA
selama dua hari dan dibekalkan penginapan. Dengan sikap bertanggungjawab
dan layan mesra pekerja MAS saya di beri tiket penerbangan laluan lain
iaitu ke New Wark, NY.
Setibanya saya di New Wark bermula pula cabaran kedua, iaitu di tahan
untuk siasatan. Saya ditahan kerana sebab yang kurang kukuh iaitu gambar
passport yang kurang tepat grid nya kerana gambar itu adalah gambar
digital. Walaupun saya telah menjelaskan pada kaunter hadapan bahawa saya
harus menaiki penerbangan ke Detroit namun saya masih di tahan juga.
Apabila di bawa ke ruang penahanan rupa-rupanya lebih ramai yang mengalami
nasib yang sama seperti saya termasuk Kapten MAS.
Setelah saya didapati selamat untuk dilepaskan, maka saya bergegas untuk
mendapatkan penerbangan saya namun saya gagal dan terpaksa bermalam di New
York dengan penginapan dibekalkan. Saya menaiki penerbangan keesokannya
jam 4.18 ptg waktu tempatan ke Detroit dan sekali lagi bergegas untuk
mendapatkan penerbangan saya dan keadaan Lapangan terbang di sana
mengelirukan dan saya terpaksa berlari-lari kesana dan kemari untuk
mendapatkan kaunter yang tepat dan akhirnya saya sempat menaiki kapal ke
Lansing. Ternyata KLIA merupakan lapangan terbang yang terbaik.
Setelah selamat tiba di sni saya di ambil oleh pelajar Malaysia yang baik
hati dan bermalam di rumah mereka dan keesokan pagi saya tiba di
penginapan saya dengan keadaan sekeliling yang sejuk dan salji tebal
hingga paras lutut. tapi Alhamdullilah saya dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan semasa dan telah berkenalan dengan ramai kawan dari negara asing.
Saya juga sempat berkenalan dengan seorang warga tempatan yang beragama
Islam dan beliau telah membantu saya untuk mendapatkan bekelan daging
Halal dari masjid yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan saya.
Monday, December 29, 2008
Salam Dari USA
Wednesday, December 3, 2008
WALIMATULURUS....
Friday, November 28, 2008
Alumni Debat Malaysia (ADAM)
Monday, November 24, 2008
GOOD LUCK KAWAN-KAWAN
Monday, November 3, 2008
Pertandingan Bowling
Saturday, September 20, 2008
SAMPAIKAN AIDILFITRI



Wednesday, September 17, 2008
NAK MINTA TOLONG!!!
Sesiapa yang berminat untuk menjadi Author blog ni, sila hubungi saya. Prasyarat dia mudah sahaja, alumni DEMI. Yang masih menuntut di UMT (Undergrate study) dan gatal-gatal keluar kelab nak jadi alumni awal, tidak layak memohon.
Kepada semua Alumni, sila hantarkan perkembangan terbaru kalian semua di email saya ( to_uzair@hotmail.com ) atau mana-mana author yang telah dilantik.
Monday, September 15, 2008
HARI IN BUKAN DALAM SEJARAH
Dalam hidup ini aku memang tidak boleh terima orang yang main belakang tu. Hidup die tak pernah cukup ker dengan apa yang ada. Apa yang dia nak sangat jadi PM? Apa agenda dia sebenarnya? Dari dahulu hingga sekarang nampak sangat dia nak membalas dendam dan bukan untuk kepentingan rakyat jelata. Siap hantar 5 ekor badut ke Taiwan nak menyiasat perbelanjaan orang, tak reti bahasa ker yang orang tu dah cakap die pergi guna duit sendiri, yang kau sibuk dengan duit kocek orang kenapa? Yang dia tu dari mana entah dapat duit selama ini untuk jalankan kempen, duit loteri pun nak pau. Orang benci yahudi, die minta duit yahudi.
Pakatan rakyat lebih aman kalau dia ni disingkirkan....
Saturday, September 6, 2008
16 September punye cerita
Segalanya bermula apabila sebilangan besar rakyat Malaysia menolak kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam pilihanraya umum ke 12, March 2008 lalu. Desakan demi desakan supaya Pak Lah berundur untuk mengelakkan kehancuran yang lebih dasyat di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Che Det sendiri dengan selamba keluar UMNO sebagai tanda protes.. perhh!
Dato Seri Anwar Ibrahim di katakan telah mendapat thumb up signal dari beberapa MP di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Cerita ini dikuatkan lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjejakkan kakinya di Parlimen. Peluangnya begitu cerah untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, 2008. Adakah benar Che Det akan tinggalkan Malaysia sekiranya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri yang baru..? Satu lagi tanda tanya.
Di pihak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya menafikan usaha Anwar Ibrahim ini dan ramai yang tidak percaya usaha ini boleh menjadi kenyataan. Harapan Dato Seri Anwar Ibrahim hanyalah dianggap angan-angan kosong sahaja.
Umum mengetahui perbicaraan seterusnya ke atas DS Anwar Ibrahim di dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari pada 10 September, 2008 dan sekiranya ini merupakan satu conspiracy untuk menghalang pergerakan beliau nescaya ini boleh menyekat peluangnya untuk membentuk kerajaan baru pada 16th September 2008, dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
9 days to go my friends. Mari kita lihat siapa yang kena..
Tuesday, September 2, 2008
Gambar Baru Pasangan Dari Perlis !!!
Monday, September 1, 2008
DEBAT HARI RAYA AIDLFITRI
Sunday, August 31, 2008
LEBIH BAIK TAK PAYAH !!!
Apa yang lebih menarik, dalam negara kita meraikan kemerdekaan rupanya ada adik-adik kecil saya terutamanya masih dibangku sekolah merayau dalam ibu kota ini. Ramai-ramai keluar naik basikal sambil membawa bendera yang lebih besar dari tubuh mereka. Sekali pandang memang membanggakan situasi sebegini. Tetapi apa yang terlintas difikiran penulis, di mana ibu bapa mereka? Ibu bapa mereka tak risau? Anak-anak kecil ini semua berbasikal hingga ke bandar, dari Seberang Takir masih ada yang berbasikal sekitar jam 9.30mlm. Melintasi Jambatan Sultan Mahmud tanpa menggunakan lorong yang betul. Kereta seperti biasa dengan kelajuan tersendiri. Bangga agaknya ibu bapa mereka melihat anak-anak merdeka ini berani sanggup meredah bahaya untuk meraikan kemerdekaan negara. Beginilah anak-anak merdeka selepas 51 tahun merdeka.
Satu lagi kes seorang anak muda kita menggayakan rambut ala punk. Bangga betul dia tatkala semua orang di perhentian MPKT terkesima melihat rambut gaya ayam kampung ini. Itu belum lagi masuk bab pakaian dia. Penulis pun tak tahu nak beri istilah tepat untuk gaya pemakaiannya. Maklumlah merekakan mengikut budaya kini dan citarasa terkini. Kes seterusnya anak muda yang gemar bermotosikal merempit di Jalan Lapangan Terbang. Bawa motor terhuyung hayang. Kekiri dan kekanan, memang sakit hati kalau memandu dibelakang orang berani mati ini. Dalam hati ada juga terdetik bila dia nak mati, hidup pun menyusahkan orang.
Melalui kes ini, penulis mula terfikir, beginikah anak-anak merdeka kita? Selepas 51 tahun, sambutan kemerdekaan kita makin menyakitkan hati. Lebih baik kita tidak perlu sambut malam kemerdekaan jika begini hasilnya. Sambutan malam kemerdekaan hanya sekadar menjadi tiket buat merdeka yang tidak mengerti makna sebuah kemerdekaan untuk keluar malam. Bangga ibu bapa mereka jika anak-anak minta keluar malam untuk meraikan kemerdekaan. Membazir sahaja bunga api sana sini, rupa-rupanya kita memberikan keseronokan untuk mereka yang tidak mengerti makna sebuah kemerdekaan. Lebih baik tak payah!
Thursday, August 21, 2008
Wednesday, August 20, 2008
Thursday, August 14, 2008
Renungan
"Ada orang datang ke tempat kerja dengan perasaan penuh gembira & ceria,
Jadi renungi lah :-
PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera!
My |
Thursday, June 5, 2008
Kisahnya bermula..
Saya mulakan penceritaan tentang Alumni DEMI pada zaman kegemilangan saya dan rakan-rakan.
Bermula dengan poster ringkas yang ditampal di blok asrama menyeru kepada sesiapa yang berkenaan (mulut laser, tak reti diam, bising, banyak cakap dsb) supaya mendaftar sebagai ahli Kelab DEMI. Hehehe..rasa tertarik dan mungkin juga layak dilabel sebagai banyak cakap maka saya meyakinkan diri (yakin jer) untuk hadir pada perjumpaan pertama.
Tapi keberanian tak cukup kuat masa tu lantas terpaksa memaksa Rais untuk temankan.
Bermula lah episod...
Hehehe tapi sayang. Disebabkan komitmen pada Kelab Renang yang latihannya bertembung waktu dengan latihan debat, saya telah mensia-siakan waktu selama satu semester dan tidak menghadiri latihan atau apa jua pertandingan.
Ah....malas la pulak nak sambung.Hehehe..(saya pemalas lah)
Saya ringkaskan!
Pada zaman kami, saya dapat rasakan keutuhan dan keakraban perhubungan kami sesama ahli kelab. Ianya suatu ikatan yang belum pernah saya lalui dan rasai. Meskipun saya bermula agak lambat tapi saya benar-benar gembira menikmati segala rencah dan perencah sepanjang bergelar ahli kelab.
Dah bergelar Alumni pun dah. Tua dah ke? Taklah.
Age is just a number.
Kawan-kawan semua, jom jadikan laman Alumni ni sebagai tempat kita berkumpul dan bercerita..
Saya rindukan kalian semua
Maizah4.22pm05.06.08