Monday, December 29, 2008

Salam Dari USA

Petikan email Saudara Abdul Rais.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alahmdullilah syukur kehadrat Ilahi dengan izin dan restu-Nya saya telah
selamat tiba di Central Michigan University, Mount Pleasant, USA. pada
24hb Disember 2008. Untuk makluman, sebelum tiba di sini saya terpaksa
mengharungi pelbagai dugaan yang tidak disangka.

Dugaan yang pertama bermula apabila penerbangan saya ke Kansai, Jepun
telah dibatalkan kerana masalah teknikal kapal terbang. Masalah saya
menjadi lebih parah kerana saya harus melanjutkan perjalanan saya ke
Detroit dan Lansing. Oleh yang demikian saya terpaksa tinggal di KLIA
selama dua hari dan dibekalkan penginapan. Dengan sikap bertanggungjawab
dan layan mesra pekerja MAS saya di beri tiket penerbangan laluan lain
iaitu ke New Wark, NY.

Setibanya saya di New Wark bermula pula cabaran kedua, iaitu di tahan
untuk siasatan. Saya ditahan kerana sebab yang kurang kukuh iaitu gambar
passport yang kurang tepat grid nya kerana gambar itu adalah gambar
digital. Walaupun saya telah menjelaskan pada kaunter hadapan bahawa saya
harus menaiki penerbangan ke Detroit namun saya masih di tahan juga.
Apabila di bawa ke ruang penahanan rupa-rupanya lebih ramai yang mengalami
nasib yang sama seperti saya termasuk Kapten MAS.

Setelah saya didapati selamat untuk dilepaskan, maka saya bergegas untuk
mendapatkan penerbangan saya namun saya gagal dan terpaksa bermalam di New
York dengan penginapan dibekalkan. Saya menaiki penerbangan keesokannya
jam 4.18 ptg waktu tempatan ke Detroit dan sekali lagi bergegas untuk
mendapatkan penerbangan saya dan keadaan Lapangan terbang di sana
mengelirukan dan saya terpaksa berlari-lari kesana dan kemari untuk
mendapatkan kaunter yang tepat dan akhirnya saya sempat menaiki kapal ke
Lansing. Ternyata KLIA merupakan lapangan terbang yang terbaik.

Setelah selamat tiba di sni saya di ambil oleh pelajar Malaysia yang baik
hati dan bermalam di rumah mereka dan keesokan pagi saya tiba di
penginapan saya dengan keadaan sekeliling yang sejuk dan salji tebal
hingga paras lutut. tapi Alhamdullilah saya dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan semasa dan telah berkenalan dengan ramai kawan dari negara asing.
Saya juga sempat berkenalan dengan seorang warga tempatan yang beragama
Islam dan beliau telah membantu saya untuk mendapatkan bekelan daging
Halal dari masjid yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan saya.

No comments: