Sunday, August 31, 2008

LEBIH BAIK TAK PAYAH !!!

Pusing-pusing bandaraya KT malam kemerdekaan, memang penuh sesak dan agak meriah dengan pelbagai gelagat warga kota. Sempat juga penulis menegur sepasang warga eropah yang sedang bersiar sambil membawa jalur gemilang. Bangga rasanya ada juga yang sudi meraikan kemerdekaan bersama kita. Namun penulis tidak berhajat untuk terus bersama mereka meraikan kemerdekaan hingga dinihari. Penulis terus pulang kerana memang tidak berapa gemar berada dalam kesibukan orang ramai. Serabut lagi menyerabutkan kepala otak ini.

Apa yang lebih menarik, dalam negara kita meraikan kemerdekaan rupanya ada adik-adik kecil saya terutamanya masih dibangku sekolah merayau dalam ibu kota ini. Ramai-ramai keluar naik basikal sambil membawa bendera yang lebih besar dari tubuh mereka. Sekali pandang memang membanggakan situasi sebegini. Tetapi apa yang terlintas difikiran penulis, di mana ibu bapa mereka? Ibu bapa mereka tak risau? Anak-anak kecil ini semua berbasikal hingga ke bandar, dari Seberang Takir masih ada yang berbasikal sekitar jam 9.30mlm. Melintasi Jambatan Sultan Mahmud tanpa menggunakan lorong yang betul. Kereta seperti biasa dengan kelajuan tersendiri. Bangga agaknya ibu bapa mereka melihat anak-anak merdeka ini berani sanggup meredah bahaya untuk meraikan kemerdekaan negara. Beginilah anak-anak merdeka selepas 51 tahun merdeka.

Satu lagi kes seorang anak muda kita menggayakan rambut ala punk. Bangga betul dia tatkala semua orang di perhentian MPKT terkesima melihat rambut gaya ayam kampung ini. Itu belum lagi masuk bab pakaian dia. Penulis pun tak tahu nak beri istilah tepat untuk gaya pemakaiannya. Maklumlah merekakan mengikut budaya kini dan citarasa terkini. Kes seterusnya anak muda yang gemar bermotosikal merempit di Jalan Lapangan Terbang. Bawa motor terhuyung hayang. Kekiri dan kekanan, memang sakit hati kalau memandu dibelakang orang berani mati ini. Dalam hati ada juga terdetik bila dia nak mati, hidup pun menyusahkan orang.

Melalui kes ini, penulis mula terfikir, beginikah anak-anak merdeka kita? Selepas 51 tahun, sambutan kemerdekaan kita makin menyakitkan hati. Lebih baik kita tidak perlu sambut malam kemerdekaan jika begini hasilnya. Sambutan malam kemerdekaan hanya sekadar menjadi tiket buat merdeka yang tidak mengerti makna sebuah kemerdekaan untuk keluar malam. Bangga ibu bapa mereka jika anak-anak minta keluar malam untuk meraikan kemerdekaan. Membazir sahaja bunga api sana sini, rupa-rupanya kita memberikan keseronokan untuk mereka yang tidak mengerti makna sebuah kemerdekaan. Lebih baik tak payah!

Thursday, August 21, 2008

Debat Mizan 2006













RAMAI JUGAK YANG BERPIPI TEMBAM SUATU KETIKA DAHULU.
TAPI PELIK RAIS SLIM SGT.....








Wednesday, August 20, 2008

Thursday, August 14, 2008

Renungan


"Ada orang datang ke tempat kerja dengan perasaan penuh gembira & ceria,
ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja,
hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.


Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-


1. Ada antara kita datang ke tempar kerja hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG
BEKERJA' tapi hampeh,
hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja


2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.


3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY


4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG AJAR


5. Adakala kita rasa kita berfikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS.


6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat
lebih MENGADA


7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN

PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera!


tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan
kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kitakurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat
nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu
la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"



My