Saturday, September 20, 2008

SAMPAIKAN AIDILFITRI


sampaikan salam aidilfitri kepada kengkawan semua,
nak hantar kad raya dah tak sempat ni...




Wednesday, September 17, 2008

NAK MINTA TOLONG!!!

Saya ada satu cadangan ni, mulai minggu depan apa kata kita post mengenai alumni kita. Setiap minggu seorang dan akan diperincikan segala maklumat terbaru, kerja apa, gaji berapa (penting ni nak tau tahap ekonomi utk belanja saya), bila nak kahwin, tingal kat mana dengan siapa dan apa-apa lagi lah yang dirasakan menarik untuk dikongsi. Untuk menjadikan lebih menarik, tolong post beberapa gambar terbaru kalian semua.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Author blog ni, sila hubungi saya. Prasyarat dia mudah sahaja, alumni DEMI. Yang masih menuntut di UMT (Undergrate study) dan gatal-gatal keluar kelab nak jadi alumni awal, tidak layak memohon.

Kepada semua Alumni, sila hantarkan perkembangan terbaru kalian semua di email saya ( to_uzair@hotmail.com ) atau mana-mana author yang telah dilantik.

Monday, September 15, 2008

HARI IN BUKAN DALAM SEJARAH

Mana pergi pakatan rakyat hari ni? Aku datang tuntut janji kalian. Hari ni kata nak ubah negara? Pukul berapa nak tunggu? Aku bagi tempoh sampai jam 12tgh malam ini. Kalau tidak, kalian memang pendusta rakyat.

Dalam hidup ini aku memang tidak boleh terima orang yang main belakang tu. Hidup die tak pernah cukup ker dengan apa yang ada. Apa yang dia nak sangat jadi PM? Apa agenda dia sebenarnya? Dari dahulu hingga sekarang nampak sangat dia nak membalas dendam dan bukan untuk kepentingan rakyat jelata. Siap hantar 5 ekor badut ke Taiwan nak menyiasat perbelanjaan orang, tak reti bahasa ker yang orang tu dah cakap die pergi guna duit sendiri, yang kau sibuk dengan duit kocek orang kenapa? Yang dia tu dari mana entah dapat duit selama ini untuk jalankan kempen, duit loteri pun nak pau. Orang benci yahudi, die minta duit yahudi.

Pakatan rakyat lebih aman kalau dia ni disingkirkan....

Saturday, September 6, 2008

16 September punye cerita

Benarkan pada tarikh 16th September 2008 akan wujud sebuah kerajaan baru yang akan diterajui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim..

Segalanya bermula apabila sebilangan besar rakyat Malaysia menolak kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam pilihanraya umum ke 12, March 2008 lalu. Desakan demi desakan supaya Pak Lah berundur untuk mengelakkan kehancuran yang lebih dasyat di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Che Det sendiri dengan selamba keluar UMNO sebagai tanda protes.. perhh!

Dato Seri Anwar Ibrahim di katakan telah mendapat thumb up signal dari beberapa MP di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Cerita ini dikuatkan lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjejakkan kakinya di Parlimen. Peluangnya begitu cerah untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, 2008. Adakah benar Che Det akan tinggalkan Malaysia sekiranya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri yang baru..? Satu lagi tanda tanya.

Di pihak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya menafikan usaha Anwar Ibrahim ini dan ramai yang tidak percaya usaha ini boleh menjadi kenyataan. Harapan Dato Seri Anwar Ibrahim hanyalah dianggap angan-angan kosong sahaja.

Umum mengetahui perbicaraan seterusnya ke atas DS Anwar Ibrahim di dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari pada 10 September, 2008 dan sekiranya ini merupakan satu conspiracy untuk menghalang pergerakan beliau nescaya ini boleh menyekat peluangnya untuk membentuk kerajaan baru pada 16th September 2008, dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

9 days to go my friends. Mari kita lihat siapa yang kena..

Tuesday, September 2, 2008

Gambar Baru Pasangan Dari Perlis !!!

Hangat ni u ol. Mari kita kongsi ramai-ramai gambar terbaru yang kami peroleh dari wakil wartawan kita di Perlis baru-baru ini. Bila nak kahwin Bro? Takkan nak tunggu DEMI buat majlis kahwin ramai-ramai kot kat masjid kristal.

Pertandingan Debat Komuniti Bestari Perlis

Senyum lebar dapat jadi johan. Bila nak belanja woit!

Abg Zen masih tidak berubah, terpesona hakim dengan hujah-hujahnya.

Abg Akmal jadi 1st lagi ker? Mesti sebelum berdebat ambik vitamin dulu.



Monday, September 1, 2008

DEBAT HARI RAYA AIDLFITRI

Orang lain sibuk makan kuih raya, kita berdebat masa hari raya. Sebetulnya program ni adalah bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Alang-alang semua dah berkumpul, kita berdebat jek lah. Yang menariknya, semua pendebat mengenakan baju raya masing-masing.

Kak Laila seperti biasalah dengan gaya ala rafidah aziz dia tu tetap bersungguh-sungguh nak menerangkan kepada seisi dewan. Tetap segar diingatan gaya tangan dia tu. Dalam kelas pun tetap maintain dengan gayanya yang tersendiri.


Yang ni seorang lagi pendebat KUSTEM yang penuh dengan tipu helah dia. Mempunyai semangat tak mudah putus asa. Gary E. Tom kalau berdepan mesti akan mengeluarkan beberapa istilah terbaru Bahasa Melayu. Minyak Diesel jadi Minyak Dieshel, Menyebabkan jadi Mencebabkan dan tetap tak akan lupa lenggok bahasa dia sebut perkataan Telefon.

Bila maizah berdiri, hilang terus longhat Kelantan dia. Gaya berhujah ala-ala Ustazah Norbahyah. Memang patutlah dia masuk debat IKIM.


Tayang gigi ker apa ni? Gary dengan Jimmy dah macam kembar lah pulak. Tapi sape adik, sape abang ni?




Kelihatan Syafiq jelous dengan possing yang ditunjukkan oleh dua kuntum bunga yang telah pun disunting orang ni.



Pipi orang belah kanan ni menyebabkan pipi rakannya disebelah kiri tidak muat untuk enter frame. Bagaimanalah agaknya beliau sekarang ni?