Thursday, August 14, 2008

Renungan


"Ada orang datang ke tempat kerja dengan perasaan penuh gembira & ceria,
ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja,
hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.


Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-


1. Ada antara kita datang ke tempar kerja hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG
BEKERJA' tapi hampeh,
hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja


2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.


3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY


4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG AJAR


5. Adakala kita rasa kita berfikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS.


6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat
lebih MENGADA


7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN

PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera!


tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan
kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kitakurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat
nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu
la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"



My

No comments: