Sunday, September 13, 2009

Jemputan Perkahwinan Saudara Fakharudin (Alumni DEMI)

Dengan ini, semua ahli DEMI (samada alumni atau freshie, hehe) sama2 dijemput untuk memeriahkan majlis pembinaan masjid saudara fakhar bersama wanita pilihan hati beliau..

Nah ini kadnya. (sila klik untuk perbesarkan)

Kad ni separa siap, sila abaikan nota2 yang langsung tiada kaitan dengan jemputan. (Fakhar tak suruh bagitau macam ni pon, saya pandai2 je cakap. Maklumlah, bekas pendebat gituh!)

Ini pulak maklumat terperinci majlis beliau. No telefon semua ada. Jangan segan2, sila lah hubungi beliau...

Ha ni pulak peta nak pergi rumah beliau. Kalau malas ke Penang terjah je majlis kat K.L tue. Tapi jangan lupa bawak hadiah (mana boleh makan free).

P/S: Saudara Fakhar sila jangan marah jika entri ini tidak seperti yang saudara impikan. Sekadar melawak malam2 puasa ni

(Kalau tak kelakar, sila buat dono je)

Sekian,

Maizah

Monday, July 20, 2009

Debat ASUMT - Dari sisi UzaiR

Tahniah buat kelab Entech dan Demi atas penganjuran kali pertama debat alam sekitar peringkat UMT. Ternyata mahasiswa UMT sememangnya arif dengan isu alam sekitar namun sayang kupasan yang tidak mendalam telah menjejaskan perdebatan.

1. Usul akhir Earth Hour perlu diteruskan. Konsep kerajaan memandang kepada 2 perincian iaitu yang pertama peningkatan kesedaran dan yang kedua penjimatan yang berlaku.

2. Pembangkang bangkit dengan mempertikaikan dengan mengatakan tiada unsur keterdesakan. Pembangkang cuba mengheret perbincangan kepada sebelum, semasa dan selepas program earth hour.

3. Kerajaan cuba menjelaskan earth hour perlu kerana isu pemanasan global. Ini dilihat jawapan yg kurang bijak kerana ini gagal menguatkan keperluan earth hour itu sendiri kerana seolah-olah earth hour pula yang menjadi jawapan muktamat kearah penyelesaian pemanasan global.

4. Pembangkang menghuraikan segala tindakan yang kononnya menyokong earth hour rupanya mendedahkan ketidakfahaman masyarakat terhadap objektif sebenar earth hour. Namun kelemahan yang jelas apabila pembangkang cuba menghukum earth hour dengan kebakaran akibat lilin yang dinyalakan.

5. Pujian harus diberikan kepada kedua pihak yang berjaya membawa mengetengahkan fakta yang saintifik tetapi sayangnya mereka gagal untuk mengaitkan dengan premis mereka seteguh mungkin. Harus diingat ini pertandingan debat bukan pertandingan siapa ada fakta.

6. Debat ibarat bermain catur, anda ada respon dengan gerakan anda tetapi adakah respon anda mampu memberikan kemenangan. Jadilah seperti pemain catur, berfikir apa yang akan anda hadapi bukan sekadar memberikan respon semata.

Berikut merupakan senarai pendebat pilihan saya ke Debat Alam Sekitar:
1. Nasrul (PM dan Ketua Pembangkang)
2. James (Pendebat Kedua dan Ketua Pembangkang)
3. Helmy (Pendebat Kedua)
4. Mahfuzah (Pendebat Ketiga)

Yang lain jgn kecewa kerana kita perlu mengutamakan kepentingan universiti berbanding kepentingan diri. Sampai bila kita nak guna konsep try and error. Tidak bermaksud yang lain telah gagal, namun belum mencapai prestasi yang diharapkan. Saya yakin kita sekurang-kurangnya boleh melangkah ke peringkat semi final pada edisi kali ini.

Tuesday, July 14, 2009

Tahniah Graduan DEMI

Ucapan Tahniah khas buat semua ahli DEMI yang telah berjaya menamatkan pengajian di UMT.
Moga kalian semua tidak akan melupakan adik-adik di UMT ni walau di mana jua kalian berada. Moga sukses dalam apa jua yang diceburi. Yang penting 'YAKIN JEK"

Sunday, July 12, 2009

PPSMI mansuh

Ini bukan soal gimik politik. Ini soal anak bangsa kita. Ke mana tahap literasi anak bangsa kita jika PPSMI diteruskan. Macam-macam kerenah warga kita ni. Memang benar ada pro dan kontranya PPSMI ini. Penulis tidak terkejut dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini. Biasalah lain padang lain belalang. Tukar pemimpin baru, tukar lagi polisi. Pahit macam mana pun mesti ditelan jua.

Sedikit rasa terkilan dengan sikap rakyat Malaysia sendiri yang mendesak pemansuhan PPSMI. Mungkin dah memang budaya kita warga malaysia cepat melatah. Nak hasil cepat dan selalu nak kaya cepat. Akhirnya yang dikendong tak dapat dikejar berciciran. Memang PPSMI membawa jurang yang besar kepada pelajar luar bandar, tapi sampai bila anak-anak kita sekadar tahu yes no alright jek. Orang kita bila dengar satu family 'speaking omputih', banyak lah kedengaran suara sumbang dibelakang.

Tidak hairan lagi sedekad kita beralih pula kepada PPSMI....

Sunday, April 12, 2009

NC baru...


Pihak Alumni DEMi mengucapkan ribuan tahniah diatas perlantikan Prof sebagai NC baru UMT. Diharapkan kita sama-sama mampu merealisasikan ke arah UMT universiti penyelidikan menjelang 2015.

Saturday, March 28, 2009

Pemilihan Pendebat UMT

Pemilihan Pendebat UMT untuk ke debat perpaduan, debat integriti dan Piala sultan Mizan rancak berlangsung dengan pendaftaran awal semasa pemilihan seramai 24 orang dari lapan pasukan.

1. Hakim terdiri daripada Pn Rozita (penasihat kelab) dan beberapa alumni termasuk saya sendiri, maizah, azrul dan kamaliah.

2. Pembawaan kes nampak biasa sahaja dan sudah boleh dijangka. Perlu suntikan baru untuk menjadikan lebih menarik.

3. Kemunculan beberapa pendatang baru yang mempunyai gaya perdebatan tersendiri dan mempunyai peluang cerah di debat IPT. Tahniah buat senior yang berjaya membangunkan bakat baru.

4. Persembahan pendebat agak defensive, mungkin terlalu berhati-hati dengan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Perlu lebih agresif dengan celahan yang bersifat membunuh bukan celahan syok sendiri.

5. Energy pendebat perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Agak pelik bagi saya. Mungkin latihan selepas ini perlu ambil kira kemantapan pendebat lelaki.

6. Idea pendebat lelaki lebih matang berbanding perempuan. Pasukan memang jelas lemah apabila dibarisi oleh tiga pendebat wanita. Tiga pendebat lelaki agak rugi kerana gagal mengambil kesempatan yang ada.

7. Pendebat mudah terikut persembahan pihak lawan, kalau kerajaan merepek, pembangkang lagi dua kali merepek. Sepatutnya ini peluang kalian untuk membidas bukas melayan kehendak kerajaan yang memeningkan.

8. Tahniah buat penganjur terutama presiden Miss DJ dan rakan-rakan yang berjaya menganjurkan sesi pemilihan kali ini.

9. Semua pendebat jgn fikir nak cari tiket bas jek cuti ni, better u guys stay dan ambil peluang masa cuti ni tingkatkan mutu debat kalian.

10. Semua senior jgn lepas tangan, mohon semua berganding bahu tak kira lah ada latihan praktikal atau projek tahun akhir dan sebagainya. Inform Alumni bagi setiap sesi latihan.

11. Ambil peluang masa exam nanti untuk semua junior belajar dengan senior kalian. Jgn nak tunggu masa latihan rasmi. Exam bukan hari2, tolong ambil inisiatif sendiri.


Akhir kata, semoga kalian sukses dalam debat jgn hangat2 tahi ayam. Jadilah manusia lebih tabah dan ambil segala kritikan sebagai suatu yang positif. kecil2 hati simpan kat bilik jika mahu berjaya, jgn dibawa semasa latihan. Maaf jika terlanjur kata. Good luck untuk final exam. DJ tolong make sure lebih 50% dapat kepujian dekan.

yang ikhlas,
Uzair Rusli
Pencinta Debat UMT

Monday, March 9, 2009

PENGUMUMAN PENTING

Perhatian kepada semua alumni,
sila hantar salinan ic segera melalui email ke uzair@umt.edu.my

salinan ic ini bertujuan untuk pendaftaran ADAM di buat segera.

Saturday, February 21, 2009

Yahoo !!!


Satu usaha untuk mengumpulkan semua Alumni dengan menggunakan YM. Semua alumni sila tinggalkan email address Yahoo anda di ruangan komen. Kepada yang belum ada Yahoo account, tlg lah register. semua orang akan mendapat info terbaru dengan lebih pantas. Diharakan semua dapat memberi kerjasama.

Kepada yang sudah ada YM, sila add polychaetes@yahoo.com (uzair). Terima kasih...


PNC 2009

Lama rasanya alumni sendiri tidak turun padang dalam setiap latihan DEMI. Bukan berkecil hati, bukan rasa dipinggir, tapi kami memohon maaf buat adik-adik semua lantaran kesibukan tugas harian kami. Macam poyo jek dengar kan, tapi memang itu kenyataannya. Tapi pesan saya buat adik2, jgn lupa ajak kami setiap kali sesi latihan.

ok lah, sedikit komen sepanjang 2 hari pertandingan berlangsung. Secara peribadi saya melihat pertandingan debat kali ni lebih baik dari sebelumnya. sudah ada kematangan yang ditunjukkan oleh pendatang baru. Tapi agak sedikit terkilan dengan pendebat lama yang masih di takuk lama. maaf jika kenyataan ini pahit untuk ditelan. lumrahlahkan, dah namanya pun pendebat, mesti ada tak puas hati punye. Lantak lah, saya tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. kalau rasa hati tu fragile sgt, jgn teruskan pembacaan.

Saya lebih tertarik untuk komen pertandingan final semalam. Pihak kerajaan mempunyai pasukan yang tidak seimbang dari persembahan. Pembangkang mempunyai aset trio jejaka yang mempunyai standard yang sama dan kelihatan lebih serasi. Masalah pembangkang pula ialah lambat panas.

Di pertengahan pertandingan, persoalan oleh pihak kerajaan tentang undang2 bersifat reaktif gagal dijawab dengan baik dan memungkinkan mereka untuk menang. Kerajaan dilihat kurang berhati-hati dan terlalu ghairah mengumpan sehinggakan secara tidak sedar mengingatkan pembangkang untuk menjawab persoalan tersebut. Sepatutnya mereka hanya perlu membangkitkan persoalan reaktif itu di pergulungan agar tidak mampu dijawab lagi. persoalan itu akhirnya dirungkai oleh pendebat ketiga dan dijelaskan lagi dengan baik oleh ketua pembangkang di pergulungan.

Beban bukti lazimnya menjadi kewajipan utk dijawab oleh pihak lawan. Tapi dalam pertandingan ini, bagi saya beban bukti tidak masuk akal dan langsung tidak rasional untuk dijawab dan ini sekaligus meringankan beban pembangkang. Jalan mudah yang ditunjukkan oleh Perdana menteri menjadikan Ketua Pembangkang tidak berapa panas dan sedikit hambar ketika pengujuhan pertama. tahniah buat ketua pembangkang yang bagkit dan berjaya menjawab kesemua kekusutan di pergulungan.

Walau bagaimanapun, pembangkang berjaya menyerap tekanan yang diberikan oleh orang lama dipentas, tapi orang lama pula gagal mengawal emosi. Pendebat juga didapati sesekali gagal mengawal struktur ayat ketika cuba sinikal dan sehingga kan mengeluarkan perkataan yang tidak sesuai. Agak lucu apabila ada yang memuji diri sendiri meraih populariti. Sinikal yang mengikut skrip lama agak memualkan, justeru hati2.

Perjalanan pertandingan boleh dipuji dengan segala kelancaran. sedikit cacat cela boleh dianggap masa untuk mereka belajar. tahniah buat penasihat dan presiden Demi dan semua yang turut membantu menjayakan. Rasa kecik2 hati tu simpan jek lah dalam bilik, jgn dibawa turun masa latihan. Tahniah semua !!!

ikhlas dari,
Uzair Rusli

Saturday, February 14, 2009

GERAM !!!



Kenapa nak GERAM? Apa yang diGERAMkan? Apa itu GERAM?
Ikuti amanat pertama presiden GERAM di blog Alumni Debat Malaysia

Wednesday, January 28, 2009

Thursday, January 15, 2009

PNC berubah format



Merujuk blog adik-adik kita, mungkin keputusan secara konsensus telah dibuat bahawa Piala Naib Canselor telah bertukar wajah atau mungkin "penjenamaan semula". Berikut beberapa kegusaran di benak fikiran saya, tidak berniat untuk menentang apatah lagi mempersoal tindakan adik-adik semua.

1. Tujuan utama untuk mencari wakil universiti ke debat IPT. Apakah hanya ini sahaja cara untuk mencari best among the best kita. bagaimana seni debat ini mahu berkembang jika penglibatan hanya dari mereka yang biasa mengikuti debat. Penting bagi saya untuk kita memperluaskan seni ini kepada semua pelajar kita bukan sekadar mencari jaguh di laman sendiri.

2. Sedikit terkejut dengan perubahan format asal, saya masih belum jelas selaku alumni apakah rasional pertandingan dikecilkan kepada interfac.

3. UMT mungkin ketandusan pendebat muda kerana akan muncul orang lama yang mahu jadi jaguh fakulti masing-masing tanpa menghiraukan pembangunan pendebat baru terutama tahun satu yang belum pernah berdebat.

4. Saban tahun PNC akan melahirkan pendebat baru yang langsung tidak pernah berdebat sebelum ini, mungkin peluang mereka untuk menonjol agak kelam ekoran masih tidak berani bergandingan dengan jaguh-jaguh fakulti yang sedia ada.

5. Kemerihan PNC kurang dirasai dan sukar untuk sampai ke setiap student. Sokongan untuk rakan sekampung (satu fakulti) mungkin tidak sehebat ahli keluarga sendiri (coursemate). Ketika di tahun satu, masih terbayang bagaimana sokongan dari rakan-rakan sekuliah yang tidak disangka turun padang memberi sokongan.


6. Kelihatan format ala-ala piala FA, kalah-mati, mana-mana pasukan yang kalah memang confirm akan mati dan terus terkubur. di mana lagi medan mereka untuk berdebat selepas ini? mungkin cuba sahaja tahun hadapan kalau diberi peluang dan kepercayaan fakulti.

7. Pertandingan akan menjadi tidak adil kepada fakulti yang mempunyai nisbah pelajar yang kecil dan mungkin mendatangkan masalah kepada fakulti yang besar untuk mencari wakil. Confirm ada nangis2 kecik ati kemudian terus tinggalkan debat. kami budak baru belajar dah kena singkir. kat mana lagi nak berdebat?

Friday, January 9, 2009

Hujan emas di negeri orang

Petikan Email Rais kepada Uzair.

Salam, Alhamdullilah aku sihat secara zahir nya and batin.
bukan senang tau nak hidup kat negar
a org nie...baru aku sedar betapa
susahnya tak der mak, ayah. kekawan kat sekeliling....bertambah susah bila
tak der org Islam Malaysia kat sini. Agak tertekan gak la aku tapi
alhamdullilah dapat control...aku dah daftar dah and kelas mula minggu
depan 12 hb...insyaallah kalu tak der keberatan aku pon sedang nak cuba
habskan dalam setahun setengah jer...tapi tengok keadaan gak lah...kat
sini ramai tok arab and jordan kebanyakan ok tapi ader yg ko jugak...macam
sebelah umah aku ni ader sorang mamat uzbezkistan and dia islam..malagny
a
dia hentam jer walau makanan tu tak halal and siap minum lagi..so kerap
juga la dia ajak aku lepak tapi lepas sekali aku g dok ganmamber dia yg
sumer budak econs none muslim trus aku balik and takut sebab dia minum
arak selamber jer...syukur da tak ajak aku sekali minum and aku hari2
minta Allah pelihara iman and akidah aku...korang doakan aku yek...kat
sini aku masak sendiri..daging halal dijual kat masjid yg terletak tak

jauh gak lah 20 min jalan kaki...kadang2 ader mamber dari Bangladesh bawa
aku g masjid...cuaca sejukkk sangat kat sini, so aku masih nak
menyesuaikan diri lagi...sangat susah sebab aku sorang2 tak der geng
senegara or sekepala...so tak der gambar terbaru kecuali yg dalam
frenster...nanti aku dah settledown sumer aku bagi ek...any waythnx
gerentii kalu aku jumpa korang aku akan peluk2
sepuas2nya....huhuhuhk..korang dah amik IELTS??? macam mana???and tolong
kim salam kat mok su and tok ki deh..kim salam kat sumer cakap aku ok and
selamat kat sini...bubye

Friday, January 2, 2009

Air mata beku di Valladolid (Spain)

Petikan dari email Pn Radhiah a.k.a Senora (mantan penasihat dan pengiring DEMI). Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam kesusasteraan bahasa sepanyol.


29 hb november 2008 (Sabtu) pukul 12.30 tengahari waktu tempatan kira-kira pukul 6.30 petang waktu Malaysia aku, suami dan anak-anak selamat tiba di Madrid. Dari Madrid kami menaiki teksi ke Valladolid yang jauhnya kira-kira 250 kilometer. Sepanjang perjalanan mata dijamu pemandangan indah yang sebelum ini hanya ditatap di dalam lukisan. Ladang-ladang saujana mata memandang serta salji yang menimbus gunung-ganang. Tiada gambar seindah lukisan, namun indah lagi panorama yang dinikmati di sepanjang perjalanan. Aku bersyukur menjadi pekerja kerajaan yang dengan sebab itu aku berpeluang melanjut pelajaran dan berkunjung ke negara indah ini.


Setiba di Valladolid hari telah gelap dan kedinginan mencucuk tulang-temulang hitam. Untuk sementara waktu kami menginap di hotel murah yang dipanggil ‘pensión’. 1 hb disember 2008 (Isnin) aku ditemani suami dan anak-anak mendaftar di Fakulti Filosofi dan Kesusasteraan Universiti Valladolid. Alhamdulillah tiada masalah ketika pendaftaran malah kedatanganku memang telah lama ditunggu-tunggu oleh pensyarah-pensyarah di sini termasuk pensyarah penyelia yang telah ditentukan untukku iaitu Profesor Dr. Emilio Ridruejo Alonso. Ini kerana tarikh sebenar pendaftaran ialah pada 17-21 hb november 2008. Kelewatanku tiba adalah disebabkan oleh karenah birokrasi di negaraku sendiri Malaysia. Aku bersyukur kerana pihak universiti Valladolid telah bermurah hati membenarku mendaftar lewat meskipun ia tidak pernah berlaku sebelum ini.


Valladolid lebih sejuk daripada peti ais. Tahap kesejukkannya bukan sekadar menggigit, malah mengisar lumat tulang temulang hitamku. Namun, angin dingin di Valladolid hanya dingin di kulit dan tulang, tetapi tidak di hati dan perasaan. Hatiku panas. Perasaanku terbakar dipanggang rindu pada tanah air tercinta. Indahnya nusaku, nikmatnya berada di negaraku. Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang ‘Malaysian’!


Meski terlontar di bumi asing namun aku masih berpijak di bumi nyata dan tahu tinggi rendah langit yang di junjung. Allah masih dan akan selamanya berada ‘di atas’ dan di hatiku. Di sini segalanya ‘halal’, namun selagi iman dan taqwa masih di kalbu insyaallah keretapi hidupku akan terus meluncur laju tanpa tergelincir ke gaung nafsu. Sesungguhnya aku amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam!


2 hb disember 2008 (Selasa) aku dan suami mula menjelajah bandar Valladolid dalam misi kami mencari rumah sewa. Akhirnya pada 6 hb disember 2008 setelah 7 hari tidur di ‘pensión’ baru kami menemui rumah yang sesuai untuk disewa. Sesuai dari segi harganya, sesuai dari segi persekitarannya dan sesuai dari segala macam segi. Jarak rumah dari fakulti tempatku belajar hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki. Sebelum itu selama 7 hari aku, suami dan anak-anak bergelut dengan segala macam dugaan dan cabaran yang bukan calang-calang beratnya. Kesukaran mendapatkan makanan halal, kehabisan bekalan makanan yang dibawa, perubahan cuaca dan budaya yang membekukan akal, dan yang paling mencabar adalah kesulitan untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sini. Seramai manusia yang ku temui di Valladolid TIADA SEORANG pun yang boleh bertutur atau sekurang-kurangnya memahami bahasa Inggeris. Hatta pengurus di bank-bank terkemuka malah profesor-profesor di universiti, LANGSUNG tidak tahu berbahasa Inggeris! Memang aku boleh berbahasa Sepanyol tetapi dialek orang-orang di sini amat berbeza dan asing di telingaku. Aku perlu masa untuk memahami dan mengikut lenggok percakapan mereka yang teramat laju selaju keretapi laju di negara mereka. Aku bersyukur kerana Tuhan membuka pintu hatiku untuk belajar dan menguasai bahasa Sepanyol yang dengan sebab itu aku boleh ‘survive’ di sini, meskipun dengan nafas tercungap.


7 hb disember 2008 bermulalah kehidupan ku beserta suami dan anak-anak di rumah yang baru disewa. Rumah agak selesa dan segala perabot dan kelengkapan memang telah tersedia. Harga sewaan masih berada di paras rasional. Jiran-jiran tersangat okey malah bermurah hati membantu jika diperlukan. Dalam satu kejadian, sewaktu aku, suami dan anak-anak keluar untuk ke kedai kebab (satu-satunya restauran makanan halal yang kami temui di sini setakat ini) sekumpulan orang tua yang berada di satu perhentian bas berebut-rebut dan bergaduh sesama mereka hanya kerana ingin menyampaikan informasi tentang nombor bas yang perlu kami naiki untuk ke kedai kebab tersebut. Aku bersyukur berada dalam kejiranan yang perihatin begitu.


Namun yang paling ku syukuri adalah nikmat mendapat tuan rumah yang baik dan bertimbang rasa. Ramah, mesra, sabar serta ikhlas. Bermurah hati menurunkan sewa rumah, bersenang hati membekalkan kami segala kelengkapan (cadar, selimut, pinggang mangkuk, pencuci, segalanya) dan berbesar hati melayan karenah anak-anakku yang keletihan dan kelaparan serta berkali-kali berpesan jika dalam bulan-bulan tertentu kami kesuntukan wang maka bayaran sewa boleh ditangguhkan. Hatiku tersentuh apabila tuan rumah berkata ‘jangan kerana hendak membayar sewa, anak-anak sampai kelaparan tidak makan’. Di Valladolid tiada yang murah. Semuanya mahal, malah terlalu amat mahal. Bayangkan harga sekeping sandwich telur yang bersaiz sama di negara kita adalah setinggi RM17.00 (3.50 euros).


Sebelum berundur, disenaraikan keunikan-keunikan kehidupan dan orang-orang di sini dan perbandingannya dengan Malaysia. Semoga yang baik diikuti, yang buruk dijauhi.

1.Di sini, bahasa Inggeris adalah sampah yang mereka buang ke longkang busuk dan kotor. Di Malaysia, bahasa Inggeris adalah dewa yang dipuja dan dijunjung. Rakyat Malaysia malu jika tidak tahu berbahasa Inggeris. Orang-orang di sini maju tanpa mengetahui sepatah pun perkataan Inggeris.

2.Di sini tiada rempit, tiada ragut, tiada penculikan, tiada kecurian. Di Malaysia rempit berleluasa, ragut di sana sini, penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi, kecurian berlaku tanpa mengenal tempat dan waktu.

3. Orang-orang di sini amat berdisiplin di jalan raya dan mematuhi segala undang-undangnya. Di Malaysia jalan raya adalah tempat untuk menunjuk samseng dan undang-undang adalah untuk ditertawakan bukan dipatuhi.

4.Waktu bekerja hanya 5 jam sahaja sehari selama 5 hari seminggu. Selepas pukul dua segala urusan di pejabat, kaunter, bank dan sebagainya terhenti. Mereka pulang, berehat, tidur dan menghabiskan masa bersama anak-anak dan keluarga. Dalam masa 5 jam bekerja itu pula mereka bekerja secara profesional, tekun dan bersungguh-sungguh. Di Malaysia kita bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Lewat petang baru pulang. Anak ke mana keluarga ke mana.

5.Di sini, hari sabtu dan ahad adalah hari untuk berehat. Hatta pasaraya pun tidak dibuka selama dua hari itu. Bagi mereka pekerja pasaraya pun ada hak untuk menikmati hari minggu bersama keluarga dan anak-anak. Di Malaysia jika ada hari ke lapan, pun kelapan-lapan hari itu semua pasaraya akan dibuka dan beroperasi kerana bagi kita yang penting adalah WANG, bukan KEMANUSIAAN.

6.Tiada bangunan pencakar langit di sini. Valladolid dipenuhi bangunan-bangunan lama dan antik yang dipelihara dengan baik dan rapi. Pejabat-pejabat kerajaan hatta syarikat-syarikat swasta pun beroperasi di dalam bangunan-bangunan lama yang berusia beratus-ratus tahun. Senibinanya sangat indah dan mengkagumkan. Terdapat beratus-ratus dataran yang dipanggil ‘plaza’ yang setiap satunya mempunyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri. Di setiap ‘plaza’ tersebut pula terdapat patung-patung atau arca yang sangat halus dan indah buatannya yang juga berusia beratus-ratus tahun.

7.Orang-orang di sini sangat profesional dan sistematik dalam segala hal. Dari penjual ikan hingga ke pekerja-pekerja kerajaan atau swasta bergred A. Semuanya, segalanya profesional. Tiada istilah ‘cincai’ atau ‘sempoi’ atau ‘lebih kurang’ di sini. Di Malaysia, golongan profesionalnya pun belum tentu PROFESIONAL! Jika saya termasuk dalam golongan profesional yang tidak profesional maka saya berdoa moga Allah ampunkan saya dan saya akan berubah apabila kembali nanti, Amin…

8.Sistem pembuangan sampah sangat efisien dan sistematik. Anda tidak akan menemui sampah dibuang merata atau sampah termuntah dari tangkinya. Ini kerana tong-tong sampah besarnya ditempatkan di setiap 5 langkah berjalan kaki. Namun agak memualkan apabila lorong-lorongnya dipenuhi najis anjing yang menjadi haiwan peliharaan popular di sini. Malah ramai pasangan yang lebih selesa membela anjing daripada memiliki anak sendiri. Bagi mereka, najis haiwan tersebut tidak kotor dan membelanya tidak memeningkan kepala berbanding memelihara anak-anak yang memberi pelbagai masalah.



Ah, kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak keunikan di sini. Jika anda mempunyai wang dan masa, berkunjunglah ke Valladolid ini dan nimatilah segala keunikkannya yang tidak mungkin akan tuan-tuan temui di negara kita.


Sesungguhnya aku, umpama seekor itik yang kecil dan perlahan berada dalam kalangan kuda yang tinggi dan tangkas. Aku di sini bukan untuk menjadi kuda tetapi untuk meningkatkan keitikkanku. Besok, bila aku kembali ke rebanku, aku tetap seekor itik yang tidak mungkin menjadi kuda. Tetapi, segala adaptasi dan modifikasi yang berlaku dalam usahaku untuk hidup dengan kuda, itulah yang paling mahal dan berharga. Dan itulah sebenarnya Phdku!

Ah, negara orang memang indah. Orang-orangnya pun menarik. Penuh dengan keunikan. Namun, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, jauh lebih baik negara sendiri. Apatah lagi jika yang turun di negara orang hanyalah hujan salji, sebaliknya yang mencurah di negara sendiri adalah hujan permata. Aku rindu pada tanah airku dan orang-orangnya. Tapi apakan daya hendak menangis tiada upaya kerana, … air mataku beku di Valladolid!

Sekian, salam sayang, salam rindu buat semua. AdÍos…