Monday, July 20, 2009

Debat ASUMT - Dari sisi UzaiR

Tahniah buat kelab Entech dan Demi atas penganjuran kali pertama debat alam sekitar peringkat UMT. Ternyata mahasiswa UMT sememangnya arif dengan isu alam sekitar namun sayang kupasan yang tidak mendalam telah menjejaskan perdebatan.

1. Usul akhir Earth Hour perlu diteruskan. Konsep kerajaan memandang kepada 2 perincian iaitu yang pertama peningkatan kesedaran dan yang kedua penjimatan yang berlaku.

2. Pembangkang bangkit dengan mempertikaikan dengan mengatakan tiada unsur keterdesakan. Pembangkang cuba mengheret perbincangan kepada sebelum, semasa dan selepas program earth hour.

3. Kerajaan cuba menjelaskan earth hour perlu kerana isu pemanasan global. Ini dilihat jawapan yg kurang bijak kerana ini gagal menguatkan keperluan earth hour itu sendiri kerana seolah-olah earth hour pula yang menjadi jawapan muktamat kearah penyelesaian pemanasan global.

4. Pembangkang menghuraikan segala tindakan yang kononnya menyokong earth hour rupanya mendedahkan ketidakfahaman masyarakat terhadap objektif sebenar earth hour. Namun kelemahan yang jelas apabila pembangkang cuba menghukum earth hour dengan kebakaran akibat lilin yang dinyalakan.

5. Pujian harus diberikan kepada kedua pihak yang berjaya membawa mengetengahkan fakta yang saintifik tetapi sayangnya mereka gagal untuk mengaitkan dengan premis mereka seteguh mungkin. Harus diingat ini pertandingan debat bukan pertandingan siapa ada fakta.

6. Debat ibarat bermain catur, anda ada respon dengan gerakan anda tetapi adakah respon anda mampu memberikan kemenangan. Jadilah seperti pemain catur, berfikir apa yang akan anda hadapi bukan sekadar memberikan respon semata.

Berikut merupakan senarai pendebat pilihan saya ke Debat Alam Sekitar:
1. Nasrul (PM dan Ketua Pembangkang)
2. James (Pendebat Kedua dan Ketua Pembangkang)
3. Helmy (Pendebat Kedua)
4. Mahfuzah (Pendebat Ketiga)

Yang lain jgn kecewa kerana kita perlu mengutamakan kepentingan universiti berbanding kepentingan diri. Sampai bila kita nak guna konsep try and error. Tidak bermaksud yang lain telah gagal, namun belum mencapai prestasi yang diharapkan. Saya yakin kita sekurang-kurangnya boleh melangkah ke peringkat semi final pada edisi kali ini.

No comments: