Thursday, January 15, 2009

PNC berubah format



Merujuk blog adik-adik kita, mungkin keputusan secara konsensus telah dibuat bahawa Piala Naib Canselor telah bertukar wajah atau mungkin "penjenamaan semula". Berikut beberapa kegusaran di benak fikiran saya, tidak berniat untuk menentang apatah lagi mempersoal tindakan adik-adik semua.

1. Tujuan utama untuk mencari wakil universiti ke debat IPT. Apakah hanya ini sahaja cara untuk mencari best among the best kita. bagaimana seni debat ini mahu berkembang jika penglibatan hanya dari mereka yang biasa mengikuti debat. Penting bagi saya untuk kita memperluaskan seni ini kepada semua pelajar kita bukan sekadar mencari jaguh di laman sendiri.

2. Sedikit terkejut dengan perubahan format asal, saya masih belum jelas selaku alumni apakah rasional pertandingan dikecilkan kepada interfac.

3. UMT mungkin ketandusan pendebat muda kerana akan muncul orang lama yang mahu jadi jaguh fakulti masing-masing tanpa menghiraukan pembangunan pendebat baru terutama tahun satu yang belum pernah berdebat.

4. Saban tahun PNC akan melahirkan pendebat baru yang langsung tidak pernah berdebat sebelum ini, mungkin peluang mereka untuk menonjol agak kelam ekoran masih tidak berani bergandingan dengan jaguh-jaguh fakulti yang sedia ada.

5. Kemerihan PNC kurang dirasai dan sukar untuk sampai ke setiap student. Sokongan untuk rakan sekampung (satu fakulti) mungkin tidak sehebat ahli keluarga sendiri (coursemate). Ketika di tahun satu, masih terbayang bagaimana sokongan dari rakan-rakan sekuliah yang tidak disangka turun padang memberi sokongan.


6. Kelihatan format ala-ala piala FA, kalah-mati, mana-mana pasukan yang kalah memang confirm akan mati dan terus terkubur. di mana lagi medan mereka untuk berdebat selepas ini? mungkin cuba sahaja tahun hadapan kalau diberi peluang dan kepercayaan fakulti.

7. Pertandingan akan menjadi tidak adil kepada fakulti yang mempunyai nisbah pelajar yang kecil dan mungkin mendatangkan masalah kepada fakulti yang besar untuk mencari wakil. Confirm ada nangis2 kecik ati kemudian terus tinggalkan debat. kami budak baru belajar dah kena singkir. kat mana lagi nak berdebat?

17 comments:

Anonymous said...

Sekiranya tujuan utama debat pnc diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru sebagai pelapis pendebat universiti, macamana kita mampu menilai potensi seseorang pendebat itu jika dia hanya berpeluang berdebat sebanyak 2 kali?

Penganjuran debat pnc terdahulu akan membuat pusingan liga sekurang-kurangnya 4-6 kali supaya para pendebat mempunyai ruang yang cukup untuk menonjolkan potensi mereka.Meskipun penganjur akan penat, tapi hasilnya sangat berbaloi.Sbg contoh, alumni KAMALIAH adalah antara contoh bakat yang dicungkil dari debat pnc.

Sekian,
Maizah

Anonymous said...

1. Kalo yang dah ade tak masuk
tak meriah la plak
nk ke time final kite tonton persembahan yang memalukan?

2. Tak semestinye yg dah wakil tu vog..lawan dgn budak tak masuk mana taw kalah..hehe

3. Bukan format liga..format ape ye..i ol pun lupe..power match kut..liga tu macam ade group A n B
betul ke?

Regards,

Mak2 begitulah!

Anonymous said...

1. Tujuan utama untuk mencari wakil universiti ke debat IPT. Apakah hanya ini sahaja cara untuk mencari best among the best kita. bagaimana seni debat ini mahu berkembang jika penglibatan hanya dari mereka yang biasa mengikuti debat. Penting bagi saya untuk kita memperluaskan seni ini kepada semua pelajar kita bukan sekadar mencari jaguh di laman sendiri.

I OL : ADE KE JAGUH MASALAHNYE. SO BG JE MASUK..

2. Sedikit terkejut dengan perubahan format asal, saya masih belum jelas selaku alumni apakah rasional pertandingan dikecilkan kepada interfac.

I OL : TAKDE DUIT KE? KE TAK DE MASE?

3. UMT mungkin ketandusan pendebat muda kerana akan muncul orang lama yang mahu jadi jaguh fakulti masing-masing tanpa menghiraukan pembangunan pendebat baru terutama tahun satu yang belum pernah berdebat.

I OL : BG JE ANTAR BANYAK2 TEAM.. APE SUSAH..

4. Saban tahun PNC akan melahirkan pendebat baru yang langsung tidak pernah berdebat sebelum ini, mungkin peluang mereka untuk menonjol agak kelam ekoran masih tidak berani bergandingan dengan jaguh-jaguh fakulti yang sedia ada.

I OL : KADANG2 TAK RASE KE PENDEBAT BARU YANG ADE TU CUME JUARA KAT UMT JE..BOLEY KE LAWAN UIA? YG DAH ADE TU PUN TERCUNGAP2..

5. Kemerihan PNC kurang dirasai dan sukar untuk sampai ke setiap student. Sokongan untuk rakan sekampung (satu fakulti) mungkin tidak sehebat ahli keluarga sendiri (coursemate). Ketika di tahun satu, masih terbayang bagaimana sokongan dari rakan-rakan sekuliah yang tidak disangka turun padang memberi sokongan.

I OL: TAK SEMUA SUKE DEBAT..ADE YANG SUKE NYANYI

6. Kelihatan format ala-ala piala FA, kalah-mati, mana-mana pasukan yang kalah memang confirm akan mati dan terus terkubur. di mana lagi medan mereka untuk berdebat selepas ini? mungkin cuba sahaja tahun hadapan kalau diberi peluang dan kepercayaan fakulti.

I OL: KALAH MATI TAK BEST..BUAT KALAH IDUP...POWRER MATCH LA U OLS

7. Pertandingan akan menjadi tidak adil kepada fakulti yang mempunyai nisbah pelajar yang kecil dan mungkin mendatangkan masalah kepada fakulti yang besar untuk mencari wakil. Confirm ada nangis2 kecik ati kemudian terus tinggalkan debat. kami budak baru belajar dah kena singkir. kat mana lagi nak berdebat?

I OL: NISBAH TU TAK PENTING. YANG PENTING ORG NK LAWAN TU..VOG TAK VOG

JAWAB U OLS...JAWAB!

-I OLS-

UzaiR Rusli said...

bukan hak saya nak nilai sape vog. Tapi kalau u ol ckp kita belum mampu lwn UIA, thats y lah kita kena buka pertandingan lebih besar dan cari bakat yg betul2 fresh. Kuda2 tua perlu beringat sikit lah kalau kuda2 baru menonjol. Who knows....

UzaiR Rusli said...

1. satu cadangan dari saya, kita kekalkan konsep lama debat PNC dan buat pertandingan ala-ala piala FA tu lepas PNC. Baru lah menjadi medan mereka menebus kekalahan dan boleh menyemarakkan lagi dunia debat UMT.

2. Saya memandang debat bukan ultimately mesti jadi johan. saya lebih kepada pembinaan personaliti dan intelektual pelajar2 yang berdebat. itu lebih utama berbanding melahirkan seorang jaguh di IPT tapi produk universiti yang lain teruk kualitinya. kita kena membina universiti bersama-sama, bukan seorang jaguh pastu dipalu-palu kecoh sekampung.

Anonymous said...

Kalo fresh mampu ke nk tunduk kan kuda tua..silap2 jadi kekuda..macam mana nk bg bakat baru perform? Bakat lama pun tak dapat perform lagi...ade berani ke jadik mcm universiti lain? Sape yg da best je akan wakil? Even UIA tu besepah pendebat..nape masih muke yg sama perform? Boley ke pendebat UMT menerima keadaan itew?

Regards,
Mak2 begitulah!

Anonymous said...

Mmg la senang cakap bukan ultimate nk jadik johan...sebab nk jadik johan jauh panggang dari api..Kalo dulu boley la cakap just nk perform...just nk bina jati diri la..mahasiswa intelektual la...tapi sampai bile nk kite melabur? Laba yang diharap makin hilang sinarnya..jgn la nk glamour jadi wakil kalo hati ke lain..kalu dulu KU skang dah U..cemana cerite? Suku pun tak break2!

-i ol-

Life's a beach! said...

It's good to see the new methods that are being tested out with the tournament. However, I do hope that the committee have also prepared for unexpected events such as when the judge fails to show up for the event, error in calculating the total scores, etc. Anything can happen, so it's better to prepare such incidence.

By definition, 'power match' refers to a situation where the team of high scores will go against with the team that similair record. For example, team with 2wins-0lose will go against with another team that has 2wins-0lose record in the 3rd round. So judging from this format, I would say that the tournament follows league format because the top teams from each faculty will go into the semi-finals.

Although this may seem a good way to highlight the best among the best, this tournament alone doesn't guarantee that the debaters will be just 'good enough' to face against debaters from other universities. Unless they have the passion, good cooperation skills, and a good coach, then I'll take back my words.

UzaiR Rusli said...

Nampaknya komen ni dah menuju kepada perbadingan dulu dan kini. Anonymous yang ala2 mak tu, please lah beb, jgn buat perbandingan tak adil. kita just nak brain storming kat sini cari satu penyelesaian. Tak perlu membangga diri anggap diri kita lebih hebat. Adik2 kita bukan tak hebat, mereka lebih hebat kerana bersaing dengan pesaing yang lagi hebat sekarang. Debat universiti itu dinamik, jgn anggap kalau kamu masuk debat sekarang kamu boleh menang dengan mudah. Dulu dan kini tetap tak sama. Tapi jika tiada yang dahulu, tiada yang sekarang.Saya menyeru semua alumni sama2 kita memberikan semangat kepada adik2 kita. Tak kesah lah walau apa pun keputusan mereka, kita perlu sokong mereka keputusan itu secara konsensus bersama mereka. Kita tak berhak mempersoalkan langsung, kita sekadar memberi pandangan. Ikut tak ikut tak boleh paksa. Maaf jika ada yang terguris hati. Kepada yang beri komen, tolong letak nama sebenar anda.

Anonymous said...

choys!

Anonymous said...

ehem ehem

segan rase nye nk membongkar kunci pada jari ini utk memberi sedikit persepsi mungkin akan berbau sedikit rase (ini amaran!! hahaha)

sy juga kurang setuju dengan pendekatan yg mereka inginkan/cadangkan/dipaksa ikot (ini merujuk kepada senario biasa dlm pentadbiran).

sy rase ini semua tidak rasioanal dan boleh dianggap penganjuran yg ibarat melepaskan batuk ditangga. hanya sebagai "mock competition" atau just show offs sahaja. sekadar nnt kita boleh palangkan pada kalendar dan kata "ya..kami da buat PNC"

tp mereka atau siapa2 yg empunya idea ini saya rasa ada dua isu yang jelas di dalam benak mereka:

1. tidak matang
2. tidak memahaami hala tuju debat/kelab debat/pertandingan debat yg sebenar


sejujurnya saya agak kecewa jika kita meneruskan PNC dengan format yg tidak universal ini. Tatkala komen ini dihantar. sy rasa sudah tiada yang mampu kita buat utk mereka menilai semula timbang tara baik dan buruk membuat format seperti ini.

sy tidak menolak perubahan. sy sukakan perubahan selagi mana ia memberi nilai tambah dan mengekal kualiti dan estetika sedia ada. sy rase nama DEMI juga setuju dengan saya.

harap agar kelab kita lebih matang kelak.

yang ikhlas,
kamaliah kasmaruddin


p/s: kak mai ....malu ai..ehehe

ALI XY said...

Saya harap alumni dapat tolong padang membantu adik-adik korang ye...

Jangan lupakan kami... kami masi butuh bantuan kamu semua

( Butuh = sangat memerlukan; bahasa Indonesia)

UzaiR Rusli said...

bukan tolong padang lah, turun padang...

ALI XY said...

opppss.. tersyasyulll...hehehe

Anonymous said...

Jangan nak berak baru nk cari jamban...

UzaiR Rusli said...

ye lah masa nak berak baru cari jamban, takde keje ker nak tunggu kat jamban sepanjang hari. Once again, please do state ur name sincerely prior to leave some comments here.

Anonymous said...

Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguhlah pun jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan