Sunday, September 13, 2009

Jemputan Perkahwinan Saudara Fakharudin (Alumni DEMI)

Dengan ini, semua ahli DEMI (samada alumni atau freshie, hehe) sama2 dijemput untuk memeriahkan majlis pembinaan masjid saudara fakhar bersama wanita pilihan hati beliau..

Nah ini kadnya. (sila klik untuk perbesarkan)

Kad ni separa siap, sila abaikan nota2 yang langsung tiada kaitan dengan jemputan. (Fakhar tak suruh bagitau macam ni pon, saya pandai2 je cakap. Maklumlah, bekas pendebat gituh!)

Ini pulak maklumat terperinci majlis beliau. No telefon semua ada. Jangan segan2, sila lah hubungi beliau...

Ha ni pulak peta nak pergi rumah beliau. Kalau malas ke Penang terjah je majlis kat K.L tue. Tapi jangan lupa bawak hadiah (mana boleh makan free).

P/S: Saudara Fakhar sila jangan marah jika entri ini tidak seperti yang saudara impikan. Sekadar melawak malam2 puasa ni

(Kalau tak kelakar, sila buat dono je)

Sekian,

Maizah

Monday, July 20, 2009

Debat ASUMT - Dari sisi UzaiR

Tahniah buat kelab Entech dan Demi atas penganjuran kali pertama debat alam sekitar peringkat UMT. Ternyata mahasiswa UMT sememangnya arif dengan isu alam sekitar namun sayang kupasan yang tidak mendalam telah menjejaskan perdebatan.

1. Usul akhir Earth Hour perlu diteruskan. Konsep kerajaan memandang kepada 2 perincian iaitu yang pertama peningkatan kesedaran dan yang kedua penjimatan yang berlaku.

2. Pembangkang bangkit dengan mempertikaikan dengan mengatakan tiada unsur keterdesakan. Pembangkang cuba mengheret perbincangan kepada sebelum, semasa dan selepas program earth hour.

3. Kerajaan cuba menjelaskan earth hour perlu kerana isu pemanasan global. Ini dilihat jawapan yg kurang bijak kerana ini gagal menguatkan keperluan earth hour itu sendiri kerana seolah-olah earth hour pula yang menjadi jawapan muktamat kearah penyelesaian pemanasan global.

4. Pembangkang menghuraikan segala tindakan yang kononnya menyokong earth hour rupanya mendedahkan ketidakfahaman masyarakat terhadap objektif sebenar earth hour. Namun kelemahan yang jelas apabila pembangkang cuba menghukum earth hour dengan kebakaran akibat lilin yang dinyalakan.

5. Pujian harus diberikan kepada kedua pihak yang berjaya membawa mengetengahkan fakta yang saintifik tetapi sayangnya mereka gagal untuk mengaitkan dengan premis mereka seteguh mungkin. Harus diingat ini pertandingan debat bukan pertandingan siapa ada fakta.

6. Debat ibarat bermain catur, anda ada respon dengan gerakan anda tetapi adakah respon anda mampu memberikan kemenangan. Jadilah seperti pemain catur, berfikir apa yang akan anda hadapi bukan sekadar memberikan respon semata.

Berikut merupakan senarai pendebat pilihan saya ke Debat Alam Sekitar:
1. Nasrul (PM dan Ketua Pembangkang)
2. James (Pendebat Kedua dan Ketua Pembangkang)
3. Helmy (Pendebat Kedua)
4. Mahfuzah (Pendebat Ketiga)

Yang lain jgn kecewa kerana kita perlu mengutamakan kepentingan universiti berbanding kepentingan diri. Sampai bila kita nak guna konsep try and error. Tidak bermaksud yang lain telah gagal, namun belum mencapai prestasi yang diharapkan. Saya yakin kita sekurang-kurangnya boleh melangkah ke peringkat semi final pada edisi kali ini.

Tuesday, July 14, 2009

Tahniah Graduan DEMI

Ucapan Tahniah khas buat semua ahli DEMI yang telah berjaya menamatkan pengajian di UMT.
Moga kalian semua tidak akan melupakan adik-adik di UMT ni walau di mana jua kalian berada. Moga sukses dalam apa jua yang diceburi. Yang penting 'YAKIN JEK"

Sunday, July 12, 2009

PPSMI mansuh

Ini bukan soal gimik politik. Ini soal anak bangsa kita. Ke mana tahap literasi anak bangsa kita jika PPSMI diteruskan. Macam-macam kerenah warga kita ni. Memang benar ada pro dan kontranya PPSMI ini. Penulis tidak terkejut dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini. Biasalah lain padang lain belalang. Tukar pemimpin baru, tukar lagi polisi. Pahit macam mana pun mesti ditelan jua.

Sedikit rasa terkilan dengan sikap rakyat Malaysia sendiri yang mendesak pemansuhan PPSMI. Mungkin dah memang budaya kita warga malaysia cepat melatah. Nak hasil cepat dan selalu nak kaya cepat. Akhirnya yang dikendong tak dapat dikejar berciciran. Memang PPSMI membawa jurang yang besar kepada pelajar luar bandar, tapi sampai bila anak-anak kita sekadar tahu yes no alright jek. Orang kita bila dengar satu family 'speaking omputih', banyak lah kedengaran suara sumbang dibelakang.

Tidak hairan lagi sedekad kita beralih pula kepada PPSMI....

Sunday, April 12, 2009

NC baru...


Pihak Alumni DEMi mengucapkan ribuan tahniah diatas perlantikan Prof sebagai NC baru UMT. Diharapkan kita sama-sama mampu merealisasikan ke arah UMT universiti penyelidikan menjelang 2015.

Saturday, March 28, 2009

Pemilihan Pendebat UMT

Pemilihan Pendebat UMT untuk ke debat perpaduan, debat integriti dan Piala sultan Mizan rancak berlangsung dengan pendaftaran awal semasa pemilihan seramai 24 orang dari lapan pasukan.

1. Hakim terdiri daripada Pn Rozita (penasihat kelab) dan beberapa alumni termasuk saya sendiri, maizah, azrul dan kamaliah.

2. Pembawaan kes nampak biasa sahaja dan sudah boleh dijangka. Perlu suntikan baru untuk menjadikan lebih menarik.

3. Kemunculan beberapa pendatang baru yang mempunyai gaya perdebatan tersendiri dan mempunyai peluang cerah di debat IPT. Tahniah buat senior yang berjaya membangunkan bakat baru.

4. Persembahan pendebat agak defensive, mungkin terlalu berhati-hati dengan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Perlu lebih agresif dengan celahan yang bersifat membunuh bukan celahan syok sendiri.

5. Energy pendebat perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Agak pelik bagi saya. Mungkin latihan selepas ini perlu ambil kira kemantapan pendebat lelaki.

6. Idea pendebat lelaki lebih matang berbanding perempuan. Pasukan memang jelas lemah apabila dibarisi oleh tiga pendebat wanita. Tiga pendebat lelaki agak rugi kerana gagal mengambil kesempatan yang ada.

7. Pendebat mudah terikut persembahan pihak lawan, kalau kerajaan merepek, pembangkang lagi dua kali merepek. Sepatutnya ini peluang kalian untuk membidas bukas melayan kehendak kerajaan yang memeningkan.

8. Tahniah buat penganjur terutama presiden Miss DJ dan rakan-rakan yang berjaya menganjurkan sesi pemilihan kali ini.

9. Semua pendebat jgn fikir nak cari tiket bas jek cuti ni, better u guys stay dan ambil peluang masa cuti ni tingkatkan mutu debat kalian.

10. Semua senior jgn lepas tangan, mohon semua berganding bahu tak kira lah ada latihan praktikal atau projek tahun akhir dan sebagainya. Inform Alumni bagi setiap sesi latihan.

11. Ambil peluang masa exam nanti untuk semua junior belajar dengan senior kalian. Jgn nak tunggu masa latihan rasmi. Exam bukan hari2, tolong ambil inisiatif sendiri.


Akhir kata, semoga kalian sukses dalam debat jgn hangat2 tahi ayam. Jadilah manusia lebih tabah dan ambil segala kritikan sebagai suatu yang positif. kecil2 hati simpan kat bilik jika mahu berjaya, jgn dibawa semasa latihan. Maaf jika terlanjur kata. Good luck untuk final exam. DJ tolong make sure lebih 50% dapat kepujian dekan.

yang ikhlas,
Uzair Rusli
Pencinta Debat UMT